6 Punca Jerawat Naik

6 Punca Jerawat Naik

Aduh, jerawat naik lagi? Jangan stress, jom kita baca apa punca jerawat naik.

1. Hormon Testosteron
Kulit berminyak biasanya dikaitkan dengan peningkatan hormon testosteron yang menyebakan pertumbuhan jerawat. Ia akan mengaktifkan kelenjar minyak dan menyebabkan pori kulit tersumbat terutamanya sebelum menstruasi.

2. Stress
Anda perasan tak bila stress mesti ada jerawat naik di wajah. Bila kita berada dalam keadaan stress, adrenalin dan hormon androgen akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca terhasilnya pertumbuhan jerawat.

3. Alat Solek
Alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit. Tetapi sekiranya kita tidak membersihkan muka dengan betul selepas memakai makeup, ia boleh memburukkan keadaan jerawat pada kulit muka. Selain itu, pastikan anda selalu membersihkan berus dan sponge makeup anda. 

4. Diet
Sebenarnya punca jerawat yang disebabkan oleh diet masih tidak dapat dibuktikan dengan jelas dan terperinci. Namun diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Insulin adalah hormon yang penting untuk manusia dan boleh mempengaruhi hormon lain termasuk hormon androgen.

5. Matahari
Cahaya matahari bukannya penyebab masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan pori kulit.

6. Pakaian
Jerawat di belakang badan ini adalah disebabkan oleh pakaian yang kotor terutama di Malaysia yang mempunyai iklim panas dan lembab. 

7. Produk rambut
Selain itu, produk yang anda gunakan pada rambut anda mungkin menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian belakang anda.

 

Source: audelabeauty.com

 

If you like what you read, follow us on FacebookInstagramTikTok and Twitter to get the latest updates.

Back to blog

Leave a comment

Please note, comments need to be approved before they are published.