Skip to content
Wajib Tahu! Jenis Mask Muka

Wajib Tahu! Jenis Mask Muka

Dalam artikle ini kita bincang post dikongsi oleh Herry Rozular kat Facebook supaya anda dapat memilih mask yang sesuai mengikut jenis kulit dan keperluan anda. 

Apple Cider Vinegar Clay Mask + Scrub
Clay + scrub. Maksudnya sebelum pakai yg ni tak payah susah-susah scrub dulu pakai apa-apa scrub lain. Kiranya jimat masa lah. Cara nak pakai, basahkan dulu muka. Pastu apply gosok-gosok ke muka n biar 3-5 minit then baru bilas. This one all skin types boleh pakai. Apple cider vinegar ni boleh purify dan matte skin. BEST SELLER!

Mint & Lemon Clay Mask
Clay. Mask ini amat sesuai untuk kulit jenis berminyak. Diperkayakan dengan daun pudina dan lemon. BEST SELLER!

Cucumber & Pink Salt Clay Mask
Clay. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh detox pori dan memperbaharukan kulit kita. Ia diperkayakan dengan timun dan garam Himalayan.

Dead Sea Minerals Anti-Stress Clay Mask
Clay. Mask ini sesuai untuk semua jenis kulit. Ia boleh menyimbangkan dan melembapkan kulit kita. Diperkayakan dengan Lavender & Bergamot. 

Avocado & Oatmeal Clay Mask
Clay. Mask ini khas untuk membersihkan pori-pori tersumbat agar kulit lebih bersih! Ia diperkayakan dengan avocado, oatmeal dan vitamin E.

Cucumber Peel-Off Gel Mask
Peel OffMask ini sesuai untuk kulit jenis normal dan kombinasi. Ia diperkayakan dengan timun dan aloe vera untuk memastikan kulit lembut dan smooooth!

Green Tea & Orange Blossom Peel-Off Gel Mask
Peel Off. Mask ini sesuai untuk kulit jenis normal dan kombinasi. Ia boleh memperhaluskan pori kita dan memperbaiki bintik gelap. Ia juga boleh mencerahkan kulit, wow.

Pomegranate Peel-Off Gel Mask
Peel Off. Mask ini sesuai untuk melindungi kulit dari radikal bebas dan membersihkan pori. Ia boleh dipakai oleh semua jenis kulit. Diperkyakan dengan 8 jenis antioksidan: acai, blueberry, cranberry, goji beri, mango, manggis, noni, dan delima.

Soothing Watermelon + Aloe Cooling Gel Mask
Gel. Khas bagi mereka yang mempunyai kulit jenis sensitif dan berjerawat. Diperkayakan dengan tembikai untuk penghidratan dan Aloe Vera untuk membantu melegakan kulit.

Charcoal & Black Sugar Gel Mask + Scrub
Gel + scrub. Mask ini khas untuk detox pores dan exfoliate. So, lepas mask, takya scrub dah. Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Cuba mask inlay untuk mengatasi tekstur kulit tak rata, membuang kulit mati untuk penyerapan bahan-bahan aktif dan pemakaian makeup yang lebih mudah. BEST SELLER!

Hydrating Cactus + Cloudberry Water Gel Mask
Leave-on Gel. Mask ini tak perlu dibilas lepas pakai. Kulit anda dapat penghidratan dan kelembapan dengan serta merta. Deperkayakan dengan Cloudberry yang mempunyai omega dan vitamin C, ia boleh membantu meningkatkan keserian wajah dan mencerahkan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit.

 

If you like what you read, follow us on FacebookInstagramTikTok and Twitter to get the latest updates.

Previous article 5 Superfoods Proven to Improve Your Health

Leave a comment

Comments must be approved before appearing

* Required fields

Sale

Unavailable

Sold Out

x

x